NOTIS: Peralihan BUDI Diesel Individu ke BUDI MADANI Melalui Mekanisme MyKad
Adalah dimaklumkan bahawa untuk warganegara yang memiliki kenderaan diesel persendirian,
bantuan tunai BUDI Diesel Individu telah digantikan dengan subsidi diesel melalui mekanisme
MyKad dalam usaha Kerajaan menambahbaik kaedah penyaluran bantuan diesel kepada rakyat.
Sehubungan ini, portal BUDI Diesel Individu yang sebelum ini diguna pakai bagi tujuan
permohonan, kelulusan serta rekod bantuan tunai subsidi diesel di bawah BUDI Individu,
akan ditamatkan bermula 22 Jun 2026.
Sehubungan dengan itu, portal tersebut hanya boleh diakses oleh pengguna bagi tujuan
semakan rekod bantuan BUDI Individu terdahulu, sekiranya ada.
Selepas ini, semua aktiviti semakan kelayakan, rekod transaksi serta permohonan berkaitan
subsidi diesel di bawah mekanisme MyKad boleh dibuat melalui portal
BUDI MADANI di budimadani.gov.my
1. Pemohon BUDI Individu yang telah diluluskan
Individu yang lulus dan telah menerima pembayaran BUDI Individu pada 8 Jun 2026 dan
31 Mei 2026 akan layak secara automatik ke mekanisme MyKad BUDI Diesel tanpa perlu
membuat permohonan baharu.
Penerima yang layak boleh membeli petrol RON95 dan diesel dengan memanfaat kelayakan
asas BUDI MADANI menggunakan kaedah MyKad.
Kepada pemilik jip atau pikap pula, anda akan diberikan kelayakan tambahan secara
automatik tertakluk syarat pengguna telahpun memenuhi kriteria ditetapkan.
2. Permohonan yang dihantar dari 1 Jun 2026 sehingga portal ditutup
Individu yang baru memohon BUDI Individu dari 1 Jun 2026 hingga penutupan
portal akan disemak dan dialihkan ke mekanisme MyKad BUDI MADANI sekiranya memenuhi
syarat kelayakan.
Penerima yang layak boleh membeli petrol RON95 dan diesel dengan memanfaat
kelayakan asas BUDI MADANI menggunakan kaedah MyKad.
Bagi individu yang memiliki jip atau pikap, anda perlu membuat permohonan baharu bagi
kelayakan tambahan. Kelayakan tambahan akan diluluskan sekiranya pengguna memenuhi kriteria kelayakan.
Bagi membuat semakan kelayakan, menyemak transaksi atau membuat permohonan kelayakan tambahan,
sila log masuk ke budimadani.gov.my
3. Pemohon yang tidak diluluskan di bawah BUDI Individu
Individu yang telah memohon BUDI Individu dari Jun 2024 hingga penutupan portal tetapi tidak lulus
boleh membuat semakan kelayakan BUDI MADANI melalui budimadani.gov.my.
Kelayakan BUDI MADANI tertakluk kepada kriteria kelayakan yang ditetapkan.
4. BUDI Agri-Komoditi
Peralihan kepada mekanisme MyKad hanya melibatkan BUDI Individu.
Tiada perubahan bagi BUDI Agri-Komoditi. Penerima BUDI Agri-Komoditi boleh mematuhi proses dan saluran
sedia ada yang terkaitan dengan program tersebut.
5. Pertanyaan lanjut
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Bantuan BUDI MADANI melalui saluran berikut:
Telefon: 1300-88-9595
WhatsApp: +603-2631 4595
Email: tanya@budimadani.gov.my
Terima Kasih.